Wednesday, March 31, 2010

It's all about sewing.....



Assalamualaikum...

Ok...what's the good things in my blog? And what are the good things i have contribute to my blog? Nothing so far..i guess (T_T)My first thoughts when i build this blog is to provide as much info about sewing...i am not a pro, and i am just a beginner.

My sewing journey starts when i was in secondary school, when i was in form 2. I fix my school uniform coz it was my elder sis's school uniform which is too big for me... Silently i make it smaller, and my mom did not noticed about it!

I made my first rug ( rug ke? nak refer kepada alas kaki) from leftover clothes when i was waiting for PMR result..and oh ya, i did all those sewing projects for the Kerja Kursus for Kemahiran Hidup on my own! i did not ask help from my mom..very independent haaa.. lol. eventhough it was not very nice, but i manage to do it by myself!

Actually i dont know if sewing is my passion..until now..but i do love to learn it and feel very satisfied and happy when i sewn my own clothes and for my mom..and then the serious journey starts when i attended sewing class in KEMAS near my place...starting from learning baju kurung and then followed with making curtains, mangoesteen pillow ( bantal manggis ), made a corset..etc

I also learn sewing from MyGFL years ago before the website has been closed. It was a very nice website with a complete step by step turorial. And i still have the notes for Boxpleat curtain..but it was not nicely printed out coz was running out of ink! Sesiapa yang tercari-cari nota menjahit langsir Boxpleat, please inform me. Kalau nak upload kat sini kene scan dulu, dan gambar pun tak begitu jelas sebab out of ink..if any of u looking for nota baju kurung pesak buluh, baju melayu cekak musang, baju kurung pesak gantung, nota baju kebaya, you may visit my adeq's blog --> www.homesolehah.blogspot.com

Anyway, in short, learn sewing really brings benefits. Setakat ni saya dah boleh jahit baju pesak gantung ( pesak gantung ni belajar sendiri eaa kat dalam buku ), langsir royal scallop, tie scallop, boxpleat, langsir goblet.. banyak lagi kene belajar ni..mana2 sifu jahitan meh la singgah sini..kongsi apa saja info yg anda ada..saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan...

Ada masa nanti inshaAllah saya akan tunjuk hasil-hasil yang telah saya pelajari selama ni...
Idea pun dah takde nak tulis apa..tulis satu post pon dah dekat sejam..Lagu josh groban pon dah banyak kali diulang main..apekehei...


p/s : maaf kalau bahasa inggeris saya kelakar. Doesn't matter kot sebab english is not my mother tounge.. (^_^)V

Mak cik Martha please encourage me!

Thursday, March 4, 2010

Cantik dengan bahan semulajadi..




Assalamualaikum...
Kita seringkali tercari-cari produk yang sesuai dengan kulit untuk kecantikan paras rupa sehingga kita terlupa akan kandungan bahan kimia yang bakal memudaratkan kita untuk jangka masa panjang. Apa kata kita cuba gunakan bahan-bahan semulajadi untuk kecantikan. InshaAllah kesannya tidak menghampakan selain ianya selamat.

Di sini ada beberapa tips kecantikan dengan menggunakan bahan semulajadi yang mudah,murah dan mudah didapati di rumah. Selamat mencuba! (^-^)V




Menghilangkan warna gelap di bawah ketiak dan leher


Bahan : Limau, timun, kunyit.

Cara : Perah limau dan kisar timun untuk mendapatkan ekstraknya. Campur kedua-dua bahan bersama kunyit yang telah ditumbuk. Sapu adunan bahan tersebut di leher atau bawah ketiak setiap hari selama 20 minit. Kemudian bilas menggunakan air suam.




Merawat Kaki

Setiap orang inignkan kaki yang cantik. Cuba rawatan ini.
Bahan : i cawan jus limau, kayu manis, 2 sudu minyak zaitun, 1/4 cawan susu segar, air
Cara : Campurkan kesemua bahan. Rendam kaki anda sambil urut perlahan-lahan. Kemudian keringkan kaki dan bilas dengan air biasa. Campuran bahan tersebut juga boleh digunakan untuk mandian secara berendam.



Warna Kulit Tidak Sekata Akibat Pigmentasi
Bahan : Lobak Merah
Cara : Ambil jus lobak merah menggunakan mesin pengekstrak jus. Sapukan ekstrak jus lobak di bahagian muka yang bermasalah pimentasi. Amalkan setiap hari untuk mendapat hasil yang memuaskan.



Lingkaran mata gelap dan lebam

Bahan : kentang
Cara : Kentang mengandungi enzim yang dikenali sebagai catecholase yang digunakan dalam kosmetik untuk mencerahkan kulit.
Kisar kentang dan letakkan di atas sehelai kain.
Sapukan perlahan-lahan di bawah mata. Berhati-hati supaya tidak terkena mata. Biarkan ramuan tersebut selama 15 ke 20 minit sebelum dibersihkan.




Menegangkan payudara
Bahan : Minyak vitamin E, 1 sudu yogurt, sebiji telur
Cara : Campur semua bahan dan urutkan di payudara. Pakai baju dalam sekurang-kurangnya 20 minit sebelum payudara dibersihkan. Amalkan selalu untuk membolahkan kulit di sekeliling payudara tegang dan padat.



Menyegarkan wajah dan anti kedutan
Bahan : Pisang masak
Cara : Kisar pisang sehingga menjadi seperti krim. Sapu di seluruh muka dan biarkan selama 20 minit. Cuci dengan air suam diikuti dengan air sejuk. Lap perlahan-lahan sehingga kering.


Untuk petua-petua ini, kredit kepada Mingguan Malaysia/Kesihatan/Buat sendiri di rumah. (^-^)VV

Back in action!



Assalamualaikum warahmatullah...
Dah terlalu lama sangat saya tak update blog ini....terlalu lama..
InshaAllah akan di update dari masa ke semasa dengan info yang berguna.

Keep your finger cross! (^_^)V