Monday, September 8, 2008

Fadhilat Ramadhan

Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Friday, August 29, 2008

Puding Roti Gula Hangus = Caramel Bread Pudding



Puding roti gula hangus ni aku buat minggu lepas untuk sepupu aku. Yummy, memang sedap.. Wahh...bajak wangkang makan di angkat lah pulak.. apapun, puding ni adalah merupakan favourite seisi rumah. Kalau rasa terliur tengok puding ni, dan nak mintak resepi.. boleh je...kalau ada permintaan, akan diposkan kat blog aku ni.. (^_^)




I made this pudding last week for my cousin ..and my mom said it was really delicious..yeay! (^_^) this pudding has been my family favourite since i found the recipe in a website and give the recipe a try! i turned out very well.. if anyone interested to know the recipe, insyaAllah, i will post it here.




It's a good thing when something you try turn out very well! (^_^)

Mas Kahwin Yang Hilang


EBOOK "MASKAHWIN YANG HILANG"


Buku ini, akan menerangkan kepada anda tentang asas-asas teknik pengurusan kewangan yang betul KHUSUS untuk orang-orang bujang yang sedang berusaha mengumpukan duit untuk perkahwinan mereka. Di dalam buku ini , anda akan didedahkan dengan :-
18 Tips bagaimana anda boleh berjimat dan mengumpulkan wang sehingga RM10,000 dengan mudah
6 Cara bagaimana anda dapat mangawal serta melangsaikan hutang anda dengan cepat.
Kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh orang ramai apabila cuba mengatasi masalah kewangan mereka dan bagaimana hendak mengelakkannya.
10 Cara bagaimana anda boleh meningkatkan pendapatan anda
CONTOH - Bagaimana seorang pemuda menjana pendapatan sehingga RM3,000 dalam masa 5 jam dengan hanya berdiri di khalayak ramai. (Bukan meminta sedekah)
Rahsia bagaimana memperolehi rezeki yang melimpah ruah seperti yang telah dijanjikan oleh Allah khusus untuk mereka yang ingin mendirikan rumahtangga.
3 Perkara yang perlu anda ketahui sebelum anda membuat sebarang kerja-kerja sampingan untuk menambah pendapatan. Jika tidak, anda mungkin akan kehilangan lebih banyak wang!
Serta berbagai lagi rahsia serta tips yang menarik yang boleh dijadikan panduan hidup anda di dalam mengharungi kehidupan sebelum dan selepas berumahtangga
Kini! Anda tidak perlu lagi merasa gusar dan melalui detik-detik yang memeritkan di dalam hidup anda seperti menahan lapar dan menjamu mee segera setiap hari. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah DAPATKAN buku ini, BACA, FAHAMKAN segala ILMU yang terdapat di dalamnya dan AMALKAN. Insyallah, masalah yang anda hadapi di dalam mencari & mengumpul wang untuk perkahwinan akan dapat diatasi dengan mudah dan lancar.



KISAH SAYA..
Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman hidup saya. Dahulu, saya juga seperti anda, baru tamat belajar, mempunyai kekasih dan sudah gatal mahu kahwin..Oh!. Sedangkan kerja tetap masih belum ada dan hutang pula keliling pinggang.
Tetapi, alhamdulilah.. berkat ILMU daripada pembacaan serta bergaul dengan orang-orang yang berpengalaman luas di dalam bidang pengurusan kewangan, saya berjaya mendirikan rumahtangga pada usia 24 tahun. Saya bukanlah dari golongan orang yang "berada" di mana, si ibu dan bapa akan men"sponsor" segala perbelanjaan perkahwinan anak mereka. Bapa saya adalah seorang pekebun kecil dan ibu saya pula hanyalah seorang suri rumah. Oleh itu, jika mahukan apa-apa di dalam hidup ini, saya perlu berusaha sendiri.
Alhamdullilah, selain berjaya melangsungkan perkahwinan di usia yang muda, saya juga telah berjaya melangsaikan hutang pinjaman PTPTN saya yang berjumlah RM23,527.87 dalam masa 1 tahun 4 bulan sahaja. Semuanya berbekalkan ilmu yang terdapat di dalam buku "Maskahwin Yang Hilang".
Bukan sekadar itu sahaja, berbekalkan ILMU yang terdapat di dalam buku ini juga, saya berjaya melangsaikan hutang pinjaman kereta saya dalam masa 4 tahun, membeli sebuah apartment , menghasilkan wang berpuluh-puluh ribu ringgit sebulan dan apa yang lebih penting.. membina sebuah kehidupan rumahtangga yang bahagia tanpa perlu risau mengenai masalah kewangan.


Klik di sini untuk mendapatkan e-book ini http://www.maskahwin.com/index.php?ref=nurulatiqah

Kamus Adik




Kamus Adik-
Kod Produk: PD0002
ISBN: 983-9140-00-0
Penerbit: Pustaka Darul Iman
Harga Pasaran: RM19.80
Harga Ahli VIP: RM18.50 (BP: 2.28)
Kesesuaian Usia: 3+
Sinopsis
Mengenai Buku
Kamus Adik disusun dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Kamus ini sesuai digunakan di semua tahap dari peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan juga orang dewasa. Kandungan kamus ini meliputi bidang-bidang yang berkaitan dengan kehidupan individu, keluarga dan masyarakat. Melalui ilustrasi yang menarik serta berwarna-warni pada setiap mukasurat, kamus ini juga menampilkan persekitaran kehidupan Islam.
Keistimewaan Buku
Tiga Bahasa
Sesuai untuk semua peringkat umur
Mudah digunakan
Berwarna-warni
Menonjolkan persekitaran Islam
Disertakan dengan VCD yang memberikan panduan menyebut perkataan-perkataan dalam 3 bahasa
Testimoni Produk
"Kamus Adik tu bagus le, anak2 saya suka membeleknya. Dua beradik tu akan duduk sekali dan si kakak yang akan terangkan satu persatu gambar2 yang ada dalam tu. Ada le peningkatan sikit... " ~Puan Nur Juliana, Seri Manjung Perak~


klik di sini untuk membeli kamus ini http://adikbijak.com/ref.plx?MA00365&PD0002

dan klik di sini untuk mengetahui lain-lain produk http://adikbijak.com/ref.plx?MA00365

Program Affiliate

Assalamualaikum.. alhamdulillah..aku baru saja cuba berjinak-jinak dalam dunia affiliate ni.. dan setakat ni aku sudahpun jadi affiliate untuk maskahwin.com dan adikbijak.com . InsyaAllah akan di explore lagi lubang-lubang menjadi affiliate yg ada.. InsyaAllah, anda semua boleh percaya produk-produk yang aku promosikan ni. Di harapkan, apa sahaja yang aku promosikan ini dapat memberi manfaat kepada ramai orang.. Bak kata Martha Stewart, " It's a Good Thing " ! (^_^)

Friday, August 8, 2008

Assalamualaikum and hello !! (^_^)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung-pengunjung blog ini .. Terima kasih kerana sudi menjengah ke teratak blog yang serba sederhana ini.. InsyaAllah lebih banyak post yang akan di ' publish' dari masa ke semasa.. ^_^ Terlupa untuk memulakan post yang pertama dengan prakata.. :-) Di harapkan blog ini dapat memberi manfaat kepada semua.. InsyaAllah...


Wednesday, August 6, 2008

Cool Links

Here are some cool links to share ....which i mostly visited (^_^)

www.marthastewart.com ( so many good things )

www.myresipi.com ( pelbagai resepi biskut raya, mee, ayam, daging , laksa, dessert, ikan, nasi dan sebagainya )
www.ujanailmu.com.my ( beli buku secara online. Perkhidmatan yang sangat memuaskan kerana aku pernah membeli buku dari sini.. pelbagai genre buku.. aku beli buku Cara Mudah Menjahit Langsir oleh Noraini Margono. )

http://www.stars21.com( english-malay translation, terdapat juga pelbagai bahasa lagi..)
www.aimini.net ( download mp3, video, games secara percuma di sini , tp mesti register dulu..)



will be added from time to time..
quite lost the memory now... LOL :P

I just looooove foods















I don not eat a lot..hurrmmm... do i ? LOL
But i do love food from home...especially my mom's cook or my own cook.. i rarely eating outside because i will end up with frustration with the taste!! Sometimes the tastes does not right and always had MSG added! The better way to satisfy yourself is to cook your own meal. ;)