Friday, August 14, 2009

Resepi Puding Roti Gula Hangus @ Caramel Bread Pudding



Bahan-bahan :
5 biji telur
3 sudu gula halus ( boleh juga gunakan gula pasir biasa dan kurangkan sukatan jika tidak mahu terlalu manis)
1 pek roti ringan @ 5 keping roti lembut Gardenia,HI5
2 1/2 cawan air
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara membuatnya :
  1. Pukul telur dan gula.
  2. Masukkan susu pekat manis dan esen vanila. Pukul sebati.
  3. Blend air dan roti dan masukkan dalam campuran yang telah dipukul sebati tadi.
  4. Kemudian masukkan ke dalam loyang pengukus yang telah tersedia dengan lapisan gula hangus. Kukus sehingga masak.
Cara membuat gula hangus :
  1. Panaskan loyang. Dengan api perlahan, taburkan gula ke serata loyang.
  2. Bila ia cair, lenggang-lenggangkan gula yang keperangan itu supaya rata memenuhi dasar loyang.
  3. Apabila ia kelihatan seperti hampir hangus, tutup api dan biarkan sejuk seketika.
  4. Kemudian masukkan bahan sebatian puding untuk dikukus.
P/S : Selamat mencuba resepi ini ^_^

No comments: